Sunday, December 7, 2008

10 wasiat as-shayid imam hassan al-banna



'Ya Allah,engkau jadikan malam untuk aku beribadah kepadaMu.engkau jadikan siang untuk aku keluar mencari rezekiMu.Ampunilah aku.aku yang hina yang tidak pernah mengerti akan kehidupan ini.semoga pasir yang hitam berubah putih.pasir yang putih berubah menjadi sebutir mutiara yang tidak akan pernah kelam'


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. Dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : "Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai".

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie. -untuk menuntut keadilan apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran -kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!. Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Friday, December 5, 2008

dr saravanan

pagi yang indah pada hari itu.aku berjalan2 bersama acik dan ella disuatu tempat yang kami belum pernah jejaki.datuk ghani datang.itu yang pasti.aku ella dan acik tunggu dia di satu bangunan yang aku sendiri tak pernah tahu.yang pasti tempat tu dekat giler dengan laut.hari2 dapat rasa pukulan angin dari laut.sedap.sambil tengah tunggu tu tiba2 hujan lebat,alamak aku dapat lihat air laut semakin naik.banjir mungkin.aku toleh ke arah acik.aku tak reti berenang.mati la aku.air semakin menghampiri seperti tsunami yg lalu.acik cakap jangan risau.aku tak reti berenang.ella apatah lagi.budak2 boys yang ada dlm pejabat tu semua relax jer.pada sapa aku nak minta tolong ni.tapi mata aku tertarik pada budak yang berbaju merah tu.hehe.acik pegang tangan aku dan aku pegang tangan ella.acik cakap jangan gelabah.relax dan kita pasti selamat.air semakin tinggi sehingga tenggelam bangunan yang tinggi.aku ella dan acik cuba berenang dan sehingga badan kami tersagat2 ditepi bukit2.kami berenang sama aras dengan bukit.nak katanya berapa meter ketinggian air tu.so acik ajak kami berehat sebentar atas bukit tuh.kumpul tenaga and then berenang lagi.beg galas aku jatuh entah kemana.alamak sampai jer kat atas bukit tu pacat belang besar giler naik atas kaki aku.menjerit minta acik tolong buang.macammana la pacat nih boleh ada.euwwwww.tiba2 air bah surut.kami turun dari bukit dan mencari beg2 yang hilang.maya2 bergelimpangan.sedih.kami tiba di kem kesihatan.pada malam kejadian ramai giler pesakit.aku lalu di sebuah khemah.aku tengok polis tengah mengangkat seorang mayat lelaki india yang pasti aku kenal orangnya.DR Saravanan.aku macam tak percaya dia meninggal dunia(expired).semlm dia tengah merawat pesakit.dia mati lemas.huhuhu.

'acik dr saravanan dah takda'....'ala dia kan consultant',acik dengan yakinnya menjawab......huhu dr saravanan dah expired.dia mati lemas.kenapa perlu aku sedih dengan kehilangan dia?bukahkan aku tak suka dia?

aku terkejut bangun.rupa2nya itu sebuah mimpi.mimpi semalam.ampun dr saravanan.itulah tulahnya kutuk dia semalam.kan dah mimpi dia.nasib baik lah sebuah mimpi....

esok OBG theory..chayokk husna............
good luck ella and acik....

ella dan acik,kita memang dijodohkan bersama.
sayang mereka

Wednesday, December 3, 2008

tok dan che

pagi nih aku bangun lambat.semalam tidur awal supaya bangun awal pagi.banyak nak study.tapi aku tak bangun.geramnya....

pagi nih aku tengok gambar dia dengan opah.teringat antara aku dan tok.hari sabtu lepas aku call che.semua orang bertanyakan aku.dah lama aku tak call tok dan che.time tu che di sawah melihat orang2 bangladesh bekerja.che kata kalu tak gi tengok,bangla2 tu curi tulang.tua2 che pun still lagi cari duit.mungkin suasana dia yang dulu membuatkan dia bekerja ke hari ini.aku suruh che berehat jer.tok still lagi lemah.dia baru habis radiotherapy.so dia tak leh cakap dengan aku lagi.dia tak larat.dah semakin kurus tok.kurang selera makan.teringat time tok sehat dulu.rindunya.aku takut pada kehilangan.moga tok dan che dapat melihat cucu2 nya bahagia.


note:saya rindu mak ayah tok dan che

Monday, December 1, 2008

wanita bergelar ibu



"syurga di bawah telapak kaki ibu"

semoga kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah.selagi mereka masih hidup,hargai mereka seadanya.tiada yang teristimewa di dunia ini melainkan ibu.