Monday, October 20, 2008

anak ayah



asam kelubi aka lengkubi bagi aku

dalam kalut pagi ayah menyoal aku sekiranya aku ingin makan asam kelubi.lama juga tak makan nih.dah lecur air liur pada ketika itu.aku mengangguk tanda setuju.ayah ajak aku pergi bersama mengambil kelubi tu di kebunnya.dalam sejuk2 pukul 7 lebih aku pergi.kata ayah,dia sengaja bawa aku supaya aku tahu kewujudan kebun tu.kata ayah nanti kalu ayah dah tiada aku adik beradik tahu kebun2 nya.best jugak.hehe..jenuh naik bukit.bak kata ayah jungle tracking.kebun ayah agak curam.pokok kelubi tumbuh ditempat yg berair sikit.so tanah kat situ memang lembik abis la.aku dah la pakai kasut ala kung fu gitu.lupa pulak.time ayah turun menghampiri pokok kelubi tu,aku yang tunggu di atas menjerit.pacat belang.euwwwwwww.geli.aku rasa gatal je kaki.buka jer kasut,nampak benda panjang berbelang.menjerit la....menggelepar aku.ayah tergelak sambil berlari ke arah aku.hahaha.aku memang penakut pacat.(note:pacat ni kaum kerabat dengan lintah.suka darah.berada ditempat yang lembab)gatal kat area pacat tu.still merah lagi.



kebun ayah seperti berada diantara 2 bukit.so pokok kelubi tumbuh di tengah2 bukit tu.aku tengok jer ayah mencantas buah kelubi.ayah melemparkan sebiji kelubi suruh aku rasa.kelat nak mampus dan masamnya sampai muka aku dah jadi facial palsy.hehe.dah amik tu ayah tinggalkan kelubi disitu dan ajak aku naik bukit tu.macam mana aku nak naik.tanah selut.kasut kung fu yg aku pakai mesti tenggelam.aku tak nak pergi tapi ayah suruh jugak takut nanti pak belang yg datang.so ayah suruh aku naik belakang dia.malu pun ada jugak.dah besar2 ni umor pun dah 22 boleh lagi naik belakang ayah.aku pun apa lagi lompat la di atas belakangnya.terasa berat.aku tanya ayah berat tak nih.dia kata tak da la.hehehe.kuat jgk ayah.pergi balik kot ayah dukung aku.

walaupun umur aku dah cecah 22,aku still rasa aku seperti budak manja di depan ayah.tiada rasa malu di depannya.tiada rahsia antara aku dan dia.bila tengok ayah,aku melihat kesusahan di matanya.siapa kata mudah ayah cari duit untuk aku adik beradik belajar?syukur Alhamdulillah Allah mengurniakan aku ayah dan mak yang tak pernah jemu merawat dan mendidik aku adik beradik.buktinya kami berjaya menjadi manusia.

sebelum balik kesini semalam,aku berebut kacang goreng dengan ayah.ayah puji aku pandai masak time aku masak nasi ayam masa berbuka puasa hari tu.di pintu pagar semalam,ayah pandang ke arah lain seperti berfikir sesuatu.dia sedih sebabnya aku dah nak kena balik.semalam mak dan ayah kembali sunyi sebabnya selepas 3orang adik lelaki kembali ke sekolah masing2 aku masih ada bersama mereka.now they are alone.

love my mak and ayah.now and then.

2 comments:

Anonymous said...

i used to call that kelubi as buah salak.sama rasanya.kan?

husna said...

eh lin ni..mana sama la.buah salak manis sangat.kelubi ni masam yg amat masam.hehe

nak makan ker..