Monday, July 28, 2008
hujan turun
pelajaran hari ini ialah sekiranya kita mengalami konflik diri atau pun takda mood kita cuba elak dari merebak pada orang disekeliling.ini bukan pembiasan cahaya yang boleh beri kebaikan.kadang2 kita tak sedar diri ni ader masalah tapi sekiranya 1 saat kita tersedar,make sure kita dah bersedia.jangan sampai orang boleh baca air muka kita.sometimes we need to pretend nothing happens to us even though it's difficult.muka kita tu adalah kekuatan untuk orang lain jugak.
pagi tadi call mak.lama tak dengar suara mak tiba2 aku sedih lak.dah lama aku tak berhubung dengan diorang semua.tok may be discharged today.lega dia dah sembuh.sebelum ni boleh dikatakan hari2 aku call umah.sekali call ada la dlm 1jam.tapi makin lama makin jarang aku call dan xder lama cam dulu.rindu memang rindu tapi aku rasa aku dh strong tak macam aku dulu.dulu aku lain giler dan sekarang mmg sgt lain.
p/s: saya tak suka bersedih.so jangan buat saya sedih
Sunday, July 27, 2008
hujan yang sayu
hari ni hujan jer memanjang.sejuk jugak.aktiviti paling best ialah tidur.tapi aku tak da la tido cuma membuang masa dengan benda ntah apa2.baca buku jap and then surf internet.hujan still turun.makan goreng pisang dengan air teh panas pun sedap jugak.nyummy.tapi kat mana la aku nak terpa tu semua.
tengah dok syok kat apartment aku teringat pulak pada mereka yang tiada kediaman yang terpaksa berteduh dibawah pokok sebelum menunggu hujan berlabuh.macam mana kehidupan mereka di luar sana.aku yg dok kat aparment pun air boleh masuk dlm umah inikan pulak mereka yg di luar sana.ohh kehidupan.kehidupan ni ibarat permainan.kadang2 di atas dan kadang2 di bawah.mereka yg berusaha pasti mengapai kebahagian.
'.......Ya Allah,disetiap titis hujan yang turun umpama titis air mata mereka.moga titis2 yg turun akan memberi seribu rahmat kepada seluruh umat...'
Saturday, July 26, 2008
nyawa-nyawa ikan
Hari ni masak mee rebus dengan lin after kelas pagi di hospital.on da way beli barang tu tiba2 aku teringat nak bagitau lin pasal kejadian yang menimpa aku sewaktu balik cuti baru2 ni.tapi aku simpan cerita tu sebabnya nak tulis dalan entry nih.hehe.aku ada hari ni sebab Allah belum memutuskan aku untuk meninggalkan dunia ni mungkin DIA tahu yang aku belum melaksanakan tanggungjawabku.
Alkisah nya macam ni.masa aku balik aritu,aku tak balik direct terus ke rumah tapi aku terus ke hospital taiping.tapi memang betul pun tindakan aku tuh.so aku teman tok di ward selama 2 malam berturut tanpa tidur.bayangkan memang mengantuk tapi aku tahu tok memang tak kan menyusahkan aku so aku ambil keputusan untuk tidak tidur dan menjaga setiap pesakit yang ada di ward tersebut.rupa2nya keputusan aku tu memang berguna.lagi pula nak tidur kat situ memang tak selesa sebabnya tak der katil kosong.tak per la berjaga je la.(banyak kisah menarik tapi sabar banyak lagi nih aku nak tulis).
Dalam jam 6 pagi tok dah bangun.aku tersengih di tepi.terkejut dia sebabnya aku tak tido lagi.setiap kali dia buka mata mesti nampak aku tersengih.korang jangan pikir bukan2 ek.mata terbuka la time aku sengih tu.hehe.aku mengantuk sebab 2 malam aku tak tidur dan aku minta izin nak gi solat subuh kat surau.lepas solat aku lelap jap.tapi aku tak lelap sangat sebabnya teringat kat tok takut dia nak pergi tandas.aku call kakak aku suruh datang jap kat ward tunggu tok.kakak aku kerja kat hospital taiping dan dia duduk kat dalam hospital.so senang la.tapi dia pulak yang marah kat aku.yela semalam bila mak cik2 aku nak offer jaga tok aku bgtau xpayah la biar aku yang jaga.diorang kesian kat aku semalam tak tidur.geram betul kat kakak.aku bingkas bangun terus pegi kat tok.aku kena sembunyikan rasa mengantuk nih.tak nak tok rasa bersalah.
lepas mandikan tok dan siapkan pakaiannya,aku kemaskan diri untuk menyiapkan diri bertemu dengan doctor yang round ward pagi tu.first time aku buat sanggul untuk tok.bukan tok tak leh buat tapi tangan yang penuh wayar mengurangkan pergerakkannya.tak per aku yang buat.semalam masa lang datang melawat dia ada cakap yang pagi esok after register kat sekolah dia akan terus datang untuk jaga tok di siangnya dan membenarkan aku berehat.rupanya aku memang dah tak tahan sangat mata nih mengantuk giler kot.biler lang dah datang aku pun menyerahkan tugas kat lang dan aku menuju ke rumah kakak.
Di rumah kakak,aku bersihkan diri dan bersiap nak pergi ward semula.tadi kata mengantuk.memang mengantuk tapi bila ingat yang aku lagi beberapa hari nak balik so aku paksa jugak diri ni.biar aku sorang jer suffer.i’ll not let others know about it.bila keluar dari umah,tiba2 lang sms suruh aku masak bubur nasi untuk tok.aku balik semula dan masak.secawan beras dan air jer.aku letak air banyak dan biarkan beras tu masak.nak tunggu lama jugak.aku pun baring la kat sofa tu.selesa beb.
Nyawa aku masih ada.aku terjaga jer umah kakak aku dah penuh asap.bau hangit jangan kata la.lagi pulak member2 kakak aku nih jenis tutup semua tingkap sebelum pergi kerja sebabnya takut monyet masuk.penuh asap.aku kelam kabut pergi dapur.alamak.periuk diorang rentung bersama dengan nasi.nasi dah xnampak nasi.abis la kena marah lepas nih.bayangkan berapa jam aku tidur sampai leh rentung.aku teringat tok.mesti dia lapar.aku masak balik bubur nasi.umah kakak memang berbau giler.langsir dia dah terkena perfume terbaru dari body shop edisi terhad.haha.
Pergi ward aku bagitau lang dan kakak.nasib baik diorang tak marah.mengantuk punya pasal aku hampir maut.bagitau acik dan ella.acik cakap nasib baik,kalu tidak boleh terbakar apartment tu.Allah masih selamat kan aku dan kakak.kalu tidak jenuh la dia kena bayar.
p/s: love is undefine.u'll do something crazy because of LOVE
Friday, July 25, 2008
::dimana kita::
ALOR STAR 24 Julai - Kementerian Kesihatan memperuntukan RM400 juta setahun untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan modal insan kepada semua pegawai dan kakitangannya.Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, dengan pelbagai faedah dan latihan yang telah disediakan itu, tidak ada alasan lagi bagi doktor-doktor Malaysia di luar negara untuk tidak pulang berkhidmat di tanah air."Kerajaan telah menyediakan pelbagai latihan untuk semua pegawai termasuk jururawat bagi meningkatkan pengetahuan mereka."Ini termasuklah penyediaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran,'' katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini sempena perasmian hospital tersebut oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.Tiong Lai mengulas mengenai 236 lulusan bidang perubatan yang menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) enggan pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian mereka di universiti luar negara.Beliau berkata, negara kekurangan 40 peratus doktor sehingga terpaksa menggaji doktor dari luar untuk berkhidmat di sini."Banyak jawatan di hospital tidak diisi ekoran kekurangan doktor dan kita terpaksa menggunakan khidmat doktor luar,'' ujarnya.Bagaimanapun, tambahnya, keengganan mereka untuk pulang berkhidmat dalam negara masih dalam kawalan dan tidak membimbangkan.Ini berikutan usaha kerajaan sejak 2001 menggalakkan mereka balik berkhidmat di hospital-hospital dalam negara telah menampakkan hasil yang positif."Setakat ini, lebih 100 orang doktor pakar yang merupakan warganegara telah pulang dan berkhidmat dalam negara."Malah, mereka juga ditawarkan dengan pelbagai insentif termasuk memegang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A, B dan C berdasarkan kelayakan dan pengalaman,'' jelasnya.
(bertarikh 25 july 2008 utusan)
bila baca artikel pasal kekurangan doktor nih rasa terkilan plus geram.aku tak tau la mana silapnya.kerajaan hantar beribu2 excellent students abroad tapi sadisnya malaysia still kekurangan doktor dan terpaksa mengimport doktor dari luar.adakah doktor ni barang dagangan yang tak mampu dihasilkan di negara sendiri?
bila pergi hospital kerajaan,rasa sedih sangat sebabnya ramai doktor bukan bumiputera.bayangkan yang examine our parents is bangsa lain.tak rasa rimas ker.kadang2 diorang pun xpaham apa kehendak kita.bukan nak kata doktor bukan bumiputera ni tak bagus.they are excellent tapi sedihla dimana doktor melayu yang selama ni mengaku malaysia hak mereka.ish2 aku pun tak paham.mungkin aku tak berada ditempat mereka aku xpaham kot apa yang diorang fikirkan.
tapi yang pasti dimana rasa tanggungjawab yang selama ni diagung2kan.kita dah besar dan Allah bagi judgement ability untuk setiap orang.so pandai2 la guna rahmat Allah tu.ermm doktor pakar pun kurang kat malaysia nih.so sama2 la kita menjadi salah satu darinya.bukan untuk berbangga tapi untuk manusia sejagat.
p/s: we are born to be a hero to others.but we are coward to face the reality.what we suppossed to be?
@ zaman kanak-kanakku @
aku yang berusia 3-4 tahun(lupa la).rambut adik takder dan perang.
zaman aku masa kanak2 adalah yang paling best.aku dibesarkan di tanah merah,kelantan.memandangkan ayah aku terpaksa bertugas di sana aku dan kakak kena berhijrah jugak.8 tahun lamanya dok kat sana.memang pekat la dialek kelantan aku.lama jugak nak hilang pekat budu tu tapi atas usaha aku lidah ni dah kembali normal setelah ayah kembali ke kampung halaman.hehe.tapi banyak kenangan manis yang aku tak leh lupa.memang lawak.
aku memang tak senonoh zaman kanak2 dulu.dan sangat la manja.dalam usia yang masih belum boleh berjalan,aku diberi walker(entah betul ke idak namanya).aku teman mak masak guna benda alah tu la.ayah memang sentiasa memagari setiap pintu.hehe.bayangkan kebuasan aku masa tuh sampai boleh tersepit kepala di celah kayu yang menjadi pagar pintu.jenuh digergaji oleh ayah.itu semua disebabkan keasyikan aku melihat tupai yg dok bertenggek(macam burung pulak) kat dahan kekabu.'tu ci pai pat pong pong pong' inilah nyanyian fav aku time tu.ye la budak xleh cakap lagi.sapa yang paham lirik aku nih memang hebat la.
biler dah boleh jalan aktiviti lain lak yang aku buat.haaa aku selalu bermain di bawah rumah.tengah panas terik boleh lagi dok main.sampaikan kena marah dek ayah.hehe.berani ayah nak marah.hrmm yg ni part sensored sikit.tak leh citer.haha.tapi yang pasti aku terpaksa berlari ketakutan disebabkan orang giler lalu depan umah aku sambil bawa buaian budak2.kami panggil dia mail jebek.mak selalu usik aku dengan benda tu.
aku pergi sekolah tadika dari umur 4 tahun lagi.ni semua sebab kakak aku.oleh sebab aku kecik lagi time tuh so,cikgu tadika selalu datang amik aku dari umah.memang best la.pergi tadika bukan gi belajar tapi main anak patung.hahah.time makan aku makan.hehe.time tidur mesti la aku cari riba cikgu tadika tuh.bestnyerrrrr.rasa nak la pulak.sapa yang akan jadi sasaran ek.
usia 6 tahun aku pergi mengaji mukadam dengan nenek sebelah umah aku.haha.dulu2 mana ader buku iqra' so bayang kan lah aku menghafal time tuh.hebat nih.kat kelantan memang best.yang best lagi aku pernah amik rm10 dari almari mak.bukan salah aku ek.hehe.perut nih mengada2 nak makan lengkubi(aku pelat time tuh.so panggil kelubi lengkubi)tu la biler besar memang gemar makan asam.haha.bayangkan usia 5 tahun aku amik rm10 pergi kedai depan tadika beli jeruk lengkubi.terkejut mak cik tuh.tapi dia citer kat mak aku.nak wat camna nasi dh jadi bubur.baki duit tu aku sembunyi belakang tv.hehe.tapi rahsia terbongkar.
ayah dan mak tak pernah marah aku sejak dari kecik lagi.hingga sekarang diorang tak pernah naik tangan kat aku cuma bebel je la.ok la tuh.at least aku tahu diorang sayang aku.love u too.biler dah besar nih aku pulak yang besar kepala.tapi masa kecik paling best.aku sangat rapat dengan ayah.sebabkan tuh aku tak pernah sembunyikan apa2 dari dia.mak dan ayah memang tahu segala rahsia aku.sampai kan diri nih dah tak der rahsia.
banyak lagi cerita aku masa kecik2 dlulu yang lawak.tapi aku penat lak memerah otak ingat semua benda.lagi pulak.untuk banyakkan entry,aku kena la cerita sikit.pic aku masa kecik2 tak banyak.kakak aku banyak la.yela anak sulung.no 2 ni slow la sikit.tapi tak per dalam hati mak ayah gambar aku lagi besar dari kakak.haha
p/s: lepas nih nak citer pasal zaman aku sek rendah.aku tak leh miss.mana la tahu aku memory loss ker at least aku ader blog nih untuk dibaca.
Thursday, July 24, 2008
apa yg best arini
p/s: mulai hari ini saya mahu jadi budak baik yang comel.
Sunday, July 20, 2008
::miss them::
diberikan kepadaku manusia yang berhati tulus dan mulia.hati aku gembira.mak,ayah,tok,che dan seluruh famili yang lain.cukup ada mereka,hidup aku dah 90% lengkap.10% lagi tuh entah bila.usah difikir perkara yg belum berlaku.yang ada sekarang ni aku akan appreciate betulo2.
aku nak mak.nak dekat dengan mak.tidur dengan mak.bangun pagi nampak mak.makan depan mak.bersembang dengan mak.bergosip dengan mak.tok pun aku nak.nak cabut uban tok.nak bergebang dengan tok.nak tolong tok di dapur.bersembang dengan che.tengok berita dengan che.tidur dengan tok dan che.tengok movie dengan ayah.bersembang dengan ayah.pergi pasar malam dengan ayah.tolong ayah menanam.rindu nyer aku buat ni semua.sempatkah aku buat semua ni seperti dulu.kenapa jauh sangat.kalu dekat tiap2 minggu aku balik.
Saturday, July 19, 2008
suddenly..i think...
feel them with your heart and you will know how sweet they are.
cerita disebalik JeBon
inilah jebon yang menjadi kegilaan masyarakat
Dipanggil oleh kebanyakkan ialah jebon.nama lainnya cerpelai dan mongoose.apabila geram kat orang,jebon amatlah sesuai digunakan.nama ini adalah keramat.
Mongooses live in Asia, Africa, and southern Europe, as well as some Caribbean islands, where they are introduced species. There are more than thirty species, ranging from one to four feet in length. Some species of mongooses lead predominantly solitary lives, seeking out food only for themselves, while others travel in groups, sharing food among the members of the group. Mongooses mostly feed on insects, crabs, earthworms, lizards, snakes, chickens, and rodents. However, they also eat eggs and carrion. Some species, such as the Indian Mongoos, are popularly used to fight and kill venomous snakes, even king cobras. They are able to do this because of their agility and cunning, and their thick coat, but typically avoid the cobra and have no particular affinity for consuming its meat.
kelakarnya masa aku jaga tok kat hospital aritu.ada makcik nih duduk kat sebelah katil tok aku.masa tu tengah time melawat.so ramai la ahli keluarga aku datang memenuhi ruang katil to.suddenly dalam tengah bising2 tu aku terdengar perkataan jebon.rupa2 nya makcik tu tengah bengang dengan famili dia'kata tadi nak datang....jebon' maybe dia tengok kami semua penuh keliling tok.ader jeles disitu.lagipula time melawat dah nak abis.bengangla kot.
apa2 pun aku rasa terkilan jugak dengan orang zaman sekarang.lebih percaya pada orang lain.ye la sanggup lepas kan penjagaan mak pada orang lain.nasib baik kami semua tak macam tu.aku kagum dengan semua makcik2 aku dan mak.sepanjang tok berada kat hospital,kami tak pernah tinggalkan dia sorang.never ask nurse to help her went to toilet. semua kami yang buat.dua malam aku jaga nenek,banyak mengajar aku.lain entry aku cerita.
oldish car
Honda CRV idaman aku.bak kata ella' umur 40 baru leh dapat'
Setiap kali keluar pegi pekan dengan ella, ader satu benda paling bangang kitorang buat.benda tu adalah usha kereta2 di jalan raya.itulah part paling best antara aku dengan ella.setiap kali nampak kereta yg lama2 tu aku selalu suruh ella turun dari auto because aku kata yang kereta buruk tu ella punya.dan ella pun suka menyakat aku benda yang sama.memandangkan aku suka Honda CRV,bukan main lagi ella menyakat.
apple pie yg mengumukkan
dipaksa kata sedap.nak wat camna angguk jela.hahahhahahaha.
dia mengaku pandai dah masak pie.ok la.lin memang terer masak tapi aku lagi TERER.hahaha.
p/s: hmmm..pada lin reti2 ler guna microwave kitorg.jenuh kepala ni nak pikir dan satu lagi jangan suka ganggu orang tidur.SAYA TAK NAK GUMUK.cukupla lin.adusss
mereka yang buat aku tersenyum
amir yg semakin kurus penat pegi tadika(gaya samurai katanya)
rina,dayah(my younger sis) and iman.di pagi raya yang lepas
'......kak na,burung tu bawa cangkul(aku tergelak coz camna burung yg kecik leh bawa cangkul yang besar) iman,camna burung tu bawa cangkul,dia kan kecik cangkul tu bechar.dia pikir agaknya.bukan la kak na,cangkul tu kechik jer,cama bechar ngan burung tuhhh.puas dia terang kat aku sampai herot bengot mulut dia....'
memang lawak iman nih.aku ader tanya dia'iman sayang kak na banyak mana?.....adik cayang kak na banyak bumi ngan soyuz(dengan penuh gaya).sememangnya aku sangat happy bila balik coz dapat melayan kerenah diorang.
kanak2 nih memang lawak.perangai diorang buat semua tergelak.ada jer benda yang nak diorang sampaikan.rahmat Allah yang tak terhingga membenarkan aku bahagia disamping mereka.