Friday, July 25, 2008

::dimana kita::

Malaysia kurang 40%

ALOR STAR 24 Julai - Kementerian Kesihatan memperuntukan RM400 juta setahun untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan modal insan kepada semua pegawai dan kakitangannya.Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, dengan pelbagai faedah dan latihan yang telah disediakan itu, tidak ada alasan lagi bagi doktor-doktor Malaysia di luar negara untuk tidak pulang berkhidmat di tanah air."Kerajaan telah menyediakan pelbagai latihan untuk semua pegawai termasuk jururawat bagi meningkatkan pengetahuan mereka."Ini termasuklah penyediaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran,'' katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini sempena perasmian hospital tersebut oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.Tiong Lai mengulas mengenai 236 lulusan bidang perubatan yang menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) enggan pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian mereka di universiti luar negara.Beliau berkata, negara kekurangan 40 peratus doktor sehingga terpaksa menggaji doktor dari luar untuk berkhidmat di sini."Banyak jawatan di hospital tidak diisi ekoran kekurangan doktor dan kita terpaksa menggunakan khidmat doktor luar,'' ujarnya.Bagaimanapun, tambahnya, keengganan mereka untuk pulang berkhidmat dalam negara masih dalam kawalan dan tidak membimbangkan.Ini berikutan usaha kerajaan sejak 2001 menggalakkan mereka balik berkhidmat di hospital-hospital dalam negara telah menampakkan hasil yang positif."Setakat ini, lebih 100 orang doktor pakar yang merupakan warganegara telah pulang dan berkhidmat dalam negara."Malah, mereka juga ditawarkan dengan pelbagai insentif termasuk memegang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A, B dan C berdasarkan kelayakan dan pengalaman,'' jelasnya.
(bertarikh 25 july 2008 utusan)

bila baca artikel pasal kekurangan doktor nih rasa terkilan plus geram.aku tak tau la mana silapnya.kerajaan hantar beribu2 excellent students abroad tapi sadisnya malaysia still kekurangan doktor dan terpaksa mengimport doktor dari luar.adakah doktor ni barang dagangan yang tak mampu dihasilkan di negara sendiri?

bila pergi hospital kerajaan,rasa sedih sangat sebabnya ramai doktor bukan bumiputera.bayangkan yang examine our parents is bangsa lain.tak rasa rimas ker.kadang2 diorang pun xpaham apa kehendak kita.bukan nak kata doktor bukan bumiputera ni tak bagus.they are excellent tapi sedihla dimana doktor melayu yang selama ni mengaku malaysia hak mereka.ish2 aku pun tak paham.mungkin aku tak berada ditempat mereka aku xpaham kot apa yang diorang fikirkan.

tapi yang pasti dimana rasa tanggungjawab yang selama ni diagung2kan.kita dah besar dan Allah bagi judgement ability untuk setiap orang.so pandai2 la guna rahmat Allah tu.ermm doktor pakar pun kurang kat malaysia nih.so sama2 la kita menjadi salah satu darinya.bukan untuk berbangga tapi untuk manusia sejagat.

p/s: we are born to be a hero to others.but we are coward to face the reality.what we suppossed to be?

No comments: