Thursday, August 28, 2008

salam ramadhan

pejam celik-pejam celik,aku dah menghampiri bulan ramadhan.masa berlalu begitu pantas.sedar tak sedar,dah 3 kali aku berpuasa di Negara orang.jarang aku dapat rasa masakan mak dan tok.nak pulak kali ni balik sempat puasa 3 hari jer kat umah.aku rasa aku tak sempat berpuasa di rumah tok.tengok la camna kalu sempat.masa aku sekolah berasrama dulu,tiap kali cuti aku mesti bahagikan cuti aku untuk tok dan mak.kalu cuti seminggu,3 hari umah tok dan 4 hari umah mak.macamana pun aku akan pastikan umah mak mesti lebih.rupa2nya aku telah mengamalkan habit ni dari dulu sampailah sekarang.apa yang mak dan ayah rasa?derhakakah aku eventhough mak merelakannya.tapi dalam hati siapa yg tahu.nak pula hati lembut mak,senang dipujuk.jahatnya aku nih.




teringat masa aku sekolah rendah dalam darjah 2.mak dan ayah tak memaksa aku untuk berpuasa.mungkin diorang tahu setakat mana kemampuan aku.lemah betul.hehhe.sampaikan satu hari tu mak bagi bekal air milo.bayangkan la time bulan puasa.tapi aku amik jugak takut mak terasa hati.tapi malu la.aku pergi sekolah naik basikal.on the way tu,aku sembunyi botol air milo dalam semak.so tak bawa pergi kelas.tapi yg paling lawak time sekolah rendah,ramai kawan2 aku kerap pergi toilet.entah apa yang diorang buat.minum air or buang air.lawak la zaman sekolah.

mimpinya aku nak balik umah untuk berpuasa bersama mereka.


p/s: selamat menyambut ramadhan.

No comments: