pagi tadi sangatlah sejuk.sambung tidur.sedar tak sedar jam dah 6.55 am.7.30 am bas jalan pergi hospital.gggggg air yang sejuk gila mana mungkin aku dapat mandi.water heater takda.so belajar dari kesusahan la.hari2 sebelum mandi main kaki dulu jampi serapah dulu lepas tu mandi dlm kesejukkan.sejuk gila hanya DIA yang tahu.hari ni hari jumaat.setiap kali jumaat datang,aku pasti rasa takut semacam.dan juga aku berfikir pasal mereka yang sebaya dengan aku pergi mengadap illahi.takut....apa yang selalu aku fikirkan ialah apa yg sedang mereka lalui di alam kubur?apa yang mereka rasa?apa yang mak ayah dan ahli keluarga mereka rasa?hari jumaat adalah hari yang paling aku takut.takut bila mana aku mati sebelum aku memberi dan juga aku takut tibanya hari pengadilan yang kita semua tidak mungkin tahu.kerosakan berleluasa,kejahatan bermaharajalela,penindasan dan peperangan yang tidak pernah putus.2-3 hari ni berita yang keluar dimuka akhbar ialah pengeboman di mumbai.katanya dilakukan oleh militan islam.aku tak tahu siapa yang harus dipersalahkan.dan aku yakin setiap yang berlaku pasti ada petunjuknya.hanya perlu berdoa diberikan kedamaian dan keamanan.
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(surah al-Baqarah,29)
Friday, November 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment