Friday, July 25, 2008

@ zaman kanak-kanakku @

time ni aku baru boleh meniarap.bola merah nih my fav ok




aku yang berusia 3-4 tahun(lupa la).rambut adik takder dan perang.

zaman aku masa kanak2 adalah yang paling best.aku dibesarkan di tanah merah,kelantan.memandangkan ayah aku terpaksa bertugas di sana aku dan kakak kena berhijrah jugak.8 tahun lamanya dok kat sana.memang pekat la dialek kelantan aku.lama jugak nak hilang pekat budu tu tapi atas usaha aku lidah ni dah kembali normal setelah ayah kembali ke kampung halaman.hehe.tapi banyak kenangan manis yang aku tak leh lupa.memang lawak.

aku memang tak senonoh zaman kanak2 dulu.dan sangat la manja.dalam usia yang masih belum boleh berjalan,aku diberi walker(entah betul ke idak namanya).aku teman mak masak guna benda alah tu la.ayah memang sentiasa memagari setiap pintu.hehe.bayangkan kebuasan aku masa tuh sampai boleh tersepit kepala di celah kayu yang menjadi pagar pintu.jenuh digergaji oleh ayah.itu semua disebabkan keasyikan aku melihat tupai yg dok bertenggek(macam burung pulak) kat dahan kekabu.'tu ci pai pat pong pong pong' inilah nyanyian fav aku time tu.ye la budak xleh cakap lagi.sapa yang paham lirik aku nih memang hebat la.

biler dah boleh jalan aktiviti lain lak yang aku buat.haaa aku selalu bermain di bawah rumah.tengah panas terik boleh lagi dok main.sampaikan kena marah dek ayah.hehe.berani ayah nak marah.hrmm yg ni part sensored sikit.tak leh citer.haha.tapi yang pasti aku terpaksa berlari ketakutan disebabkan orang giler lalu depan umah aku sambil bawa buaian budak2.kami panggil dia mail jebek.mak selalu usik aku dengan benda tu.

aku pergi sekolah tadika dari umur 4 tahun lagi.ni semua sebab kakak aku.oleh sebab aku kecik lagi time tuh so,cikgu tadika selalu datang amik aku dari umah.memang best la.pergi tadika bukan gi belajar tapi main anak patung.hahah.time makan aku makan.hehe.time tidur mesti la aku cari riba cikgu tadika tuh.bestnyerrrrr.rasa nak la pulak.sapa yang akan jadi sasaran ek.

usia 6 tahun aku pergi mengaji mukadam dengan nenek sebelah umah aku.haha.dulu2 mana ader buku iqra' so bayang kan lah aku menghafal time tuh.hebat nih.kat kelantan memang best.yang best lagi aku pernah amik rm10 dari almari mak.bukan salah aku ek.hehe.perut nih mengada2 nak makan lengkubi(aku pelat time tuh.so panggil kelubi lengkubi)tu la biler besar memang gemar makan asam.haha.bayangkan usia 5 tahun aku amik rm10 pergi kedai depan tadika beli jeruk lengkubi.terkejut mak cik tuh.tapi dia citer kat mak aku.nak wat camna nasi dh jadi bubur.baki duit tu aku sembunyi belakang tv.hehe.tapi rahsia terbongkar.

ayah dan mak tak pernah marah aku sejak dari kecik lagi.hingga sekarang diorang tak pernah naik tangan kat aku cuma bebel je la.ok la tuh.at least aku tahu diorang sayang aku.love u too.biler dah besar nih aku pulak yang besar kepala.tapi masa kecik paling best.aku sangat rapat dengan ayah.sebabkan tuh aku tak pernah sembunyikan apa2 dari dia.mak dan ayah memang tahu segala rahsia aku.sampai kan diri nih dah tak der rahsia.

banyak lagi cerita aku masa kecik2 dlulu yang lawak.tapi aku penat lak memerah otak ingat semua benda.lagi pulak.untuk banyakkan entry,aku kena la cerita sikit.pic aku masa kecik2 tak banyak.kakak aku banyak la.yela anak sulung.no 2 ni slow la sikit.tapi tak per dalam hati mak ayah gambar aku lagi besar dari kakak.haha

p/s: lepas nih nak citer pasal zaman aku sek rendah.aku tak leh miss.mana la tahu aku memory loss ker at least aku ader blog nih untuk dibaca.


2 comments:

Anonymous said...

'tu ci pai pat pong pong pong'



try ckp balik dgn gaya *masam-masin* shk.very the comel~ [bunyi siam pon ada]

husna said...

bongek la lin nih.hahaha