Thursday, September 4, 2008
lagi berapa saat...
mereka yang memanggil
Masa aku terdengar lagu ni keudara,tiba2 hati aku jadi sayu.aku teringat teman sebaya aku yg telah tiada.rasanya telah 2 tahun pemergiaannya.kehilangan dia amat terasa kerana aku belum pernah ada kawan satu sekolah yang aku tahu sudah meninggalkan dunia yg fana ni.Al fatihah untuk dia.
Terdetik dalam hati.umur aku juga singkat.cumanya aku masih diberi peluang oleh Dia untuk meneruskan perjuangan mereka yg pergi dulu dari ku.gerun satu badan bila terfikir pasal mati ni.sapa yg nak mati.yela aku pun tak betul lagi.aku masih berhutang dengan Dia dan my parents.tapi kalu nama aku telah gugur,walaupun sesaat pun aku tak mampu mengelak.apa yang aku tahu sekarang,aku akan hargai masa yg ada ni untuk bekalan aku di dunia yang aku belum pasti kesudahannya.
‘Ya Allah seandainya aku pergi dulu dari mereka(mak dan ayah),tempatkan mak dan ayah di kalangan para solihin.berikan mereka sebanyak mungkin nikmat sebanyak kasih sayang mereka yang tak mampu aku balas di duniaMu.seandainya Engkau masih menyimpan umurku,Kau berikan aku kekuatan dan kecekalan dalam mengharungi perit getir hidup ini.semoga saki baki hidup ini bukan untukku tetapi untuk mereka yang menyayangi dan memerlukan diri ini lebih dari diri ku sendiri.amiin’
Dear friends,
Selagi diberi peluang oleh Allah hidup di duniaNya,guna sebaik mungkin.bukan hanya mencari benda untuk dicomplaint tetapi carilah benda untuk diisi dalam tabung masa yang entah bila akan penuh.we live once in this life.selagi syukur masih ada,insyaAllah kita tak akan menyimpang jauh.
p/s: selamat hari lahir yg ke18 untuk adikku,firdaus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment