hari ni start tarawih di surau.dengan hati berdebar2 aku melangkahkan kaki keluar dari apartment.rasa tak percaya yang esok 1 ramadhan.esok cuti.aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berpuasa penuh kali ke12.Alhamdulillah aku masih hidup untuk ramadhan kali ini.
ramai jugak kat surau tadi menunaikan tarawih.moga surau sentiasa penuh.bukan setakat nak makan mo're jer.solat tarawih yg penting.kalu kat malaysia,aku jarang ada peluang nak pergi tarawih kat surau.kat sini aku akan gunakan peluang ni sebaik yg mungkin.
teringat masa aku budak2.bila mak kejut bangun sahur.mesti aku liat gila.sanggup tak nak sahur semata2 nak tidur.bila bangun esoknya baru rasa menyesal.masa budak2 bolehla makan sahur terus tidur.tapi bila dah besar ni,setiap kali sahur mesti aku dan kakak akn berkerja keras mengemas.malas.tapi pinggan mangkuk simpan pagi esok baru basuh.sejuk kot nak basuh pagi2 buta.setiap kali sahur ikan bilis goreng dan telur masin mesti menjadi kewajipan.sedap bila mkn pagi2.
malam ni hujan lagi.harap rumah ni tak masuk air.dark water pulak nanti.best untuk tidur tapi banyak nak kena study.sebelum tidur kena makan dulu sebabnya aku konpem takkan terkejut bangun sahur.acik tak gemar sangat bangun sahur.mungkin aku dan ella.tapi kalu ella dah tidur,100% tak bangun.pergi kelas aku yg kejutkan diorang 2.alamatnya aku tak sahur.nasi tomato mesti kena makan.nanti terliur esok.hehehe.tak tahan dugaan ni.
aku dah niat berpuasa sebulan dah.langkah berjaga2.sebelum berpuasa esok aku dah mohon maaf kat mak dan ayah siang tadi.harap puasa aku kali ni diterimaNya.
p/s:selamat berpuasa.
Monday, September 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment