Tuesday, September 9, 2008
mentari jingga
aku juga manusia seperti mereka
'hari ini 9 sept 2008,genap 2 tahun pemergian mak dan ayah.aku masih di sini meneruskan kehidupan yang aku rasa tiada kemanisan.aku tidak lagi sama seperti mereka di luar sana.berlari2 bersama ayah dan mak.aku di sini hanya mampu melihat.bayangan mak dan ayah masih jelas aku ingat walaupun pada ketika itu aku berusia 5 tahun.kenapa begitu cepat mereka pergi meninggalkan aku terkontang-kanting seorang diri?adilkah dunia ini?ramadhan kembali lagi.tahun ini kali ke3 aku beraya tanpa mereka.seronokkah aku disini.'
(note: mungkin ini lah yg dikatakan dengan kehidupan.tidak semuanya lengkap.pasti dugaan yang datang hanyalah untuk menguji keimanan dan ketaqwaan setiap hambaNya.berbahagialah kepada mereka yg diuji)
inilah perasaan yg mungkin dirasai oleh segelintir kanak2 yang hidup di rumah anak2 yatim.hidup bersama teman tanpa belaian mak dan ayah.beruntunglah kita kerana masih mempunyai keduanya.aku di sini hanya melihat.tanpa reaksi.aku juga tidak mampu.seandainya aku seperti mereka pasti aku hilang arah.tapi mereka dilahir dengan perasaan yg kuat dan kental.biarpun diejek dihina tapi mereka tetap mereka.menunggu raih simpati masyarakat yg semakin hari semakin lupa akan kewujudan mereka.tapi aku yakin mereka mampu menjadi manusia berguna.
bila bulan puasa,ramai lah artis2 atau syarikat besar2 datang menghulurkan bantuan dan berbuka puasa beramai2.dapat makan yg sedap2.tapi bila ramadhan dan syawal menyusul,batang hidung setiap mereka hilang.dimanakah mereka?adakah hanya nama yg diinginkan?kesian anak2 kecil.mereka ingin belaian mak dan ayah.ingin rasa bagaimana rasanya mempunyai mak disisi yg mampu mendengar keluh kesah.tapi sayang,kita hari ini lebih mementingkan nama.bagaimana dengan pendidikan mereka?bagaimana dengan masa depan mereka?adakah dalam satu saat kita terfikir pasal mereka?dapatkah mereka rasa apa yg kita ada sekarang?mempunyai kelulusan yg tinggi,belajar di luar negara dan mampu mempunyai kerja yang menjaminkan masa depan.
mereka juga ada masa depan(note: Allah mengambil sesuatu daripada mereka,tapi digantikan dengan yang terbaik dari yang paling terbaik.merekalah yang beruntung)
so kawan2,apa yang kita ada sekarang bersyukurlah.bantulah mereka.didiklah mereka dengan sebaiknya.bagi aku,biarlah bodoh akademik tapi bukan bodoh peribadi.sebaik2 manusia adalah mereka yang mampu membezakan yg mana baik dan buruk.itupun dah kira berjaya.setiap inci kejayaan datangnya dari Dia.mungkin kita lengkap semuanya tapi ada kurang disebaliknya.we come to this world to give life to others,not only for our own sake.when we are happy,they are also happy.give our happinese to others and share everything with them.that's what we call 'meaningful life'
aku teringatkan adik2 dirumah.bersyukur kerana kami masih ada mak dan ayah.
tapi aku masih belum gembira kerana cita2 ku masih belum tercapai.adakah aku mampu melaksanakan setiap cita2ku?adakah aku layak melakukannya?mungkin hidup ini more meaningful sekiranya ia menjadi kenyataan.Amiin.hanya DIA yang Maha Mengetahui apa yang aku citakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment